1) Membersihkan kesan tidur dari muka dengan tangan. Imam
an-Nawawi dan Ibn Hajr telah menyebutkan tentang galakan
melakukan perbuatan ini berdasarkan hadis Rosulullah Sollallahu
'Alaihi Wasallam:
an-Nawawi dan Ibn Hajr telah menyebutkan tentang galakan
melakukan perbuatan ini berdasarkan hadis Rosulullah Sollallahu
'Alaihi Wasallam:
فاستيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم فجلس يمسح النوم عن وجهه بيده
Maka Rosulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bangun dari
tidurnya lalu duduk sambil membersihkan kesan tidur dari
mukanya dengan tangannya.
[Riwayat Muslim]
2) Berdoa:
الحمد لله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas
mematikan kami dan kepadanya kita kembali.
[Riwayat Bukhori]
3) Bersiwak:
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا استيقظ من الليل يشوص فاه بالسواك
Sesungguhnya Rosulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam tatkala
bangun dari tidur pada waktu malam membersihkan mulutnya
dengan siwak.
[Muttafaq 'alaih]
4) Menyedut air ke dalam hidung:
إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاثا، فإن الشيطان يبيت على خيشومه
Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya maka
sedutlah(masukkan) air ke dalam hidung 3 kali, sesungguhnya
syaitan bermalam(mendiami) di dalam rongga hidungnya.
[Muttafaq 'alaih]
5) Membasuh kedua belah tangan 3 kali:
إذا استيقظ أحدكم من نومه، فلا يغمس يده في الإناء حتى يغسلها ثلاثا
Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya maka
janganlah merendam tangannya di dalam bekas air sebelum
membasuhnya 3 kali.
[Muttafaq 'alaih]